Posts

Menu Sihat

Image
 Hai semua... Apa khabar? Diharapkan rakyat Malaysia sihat walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) masih dilaksanakan.  Hari ini Cik Nani nak berkongsi dengan gadis di luar sana salah satu menu yang baik untuk kesihatan.. Maklumlah sekarang masih lagi PKP, jadi kebanyakan daripada anda pastinya banyak menghabiskan masa berada di rumah. OK menu ini sangat terkenal bagi mereka yang berada di negeri pantai timur, iaitu Terengganu.. Haaa cuba korang teka apakah menu tersebut??  Jawapannya ialah semestinya singgang ikan atau ikan masak singgang.. terus terang lah Cik Nani nak bagitahu resepi ini sangat mudah disediakan dan semestinya sihat dan sedap😋..ahahaha  Resepi ikan masak singgang  Bahan-bahan: 1. 4 ekor ikan kembung (fresh)  2. 10 biji cili padi 🌶  3. 4 batang serai 4. 2 ulas bawang merah 5. 1 inci kunyit hidup (nak gantikan dengan serbuk kunyit boleh aje)  6. 4 pucuk daun kelsum (untuk menaikkan aroma)  7. Garam secukup ras...